Friday, September 19, 2014

2nd Pregnancy ^_^

As salam,

Salam Jumaat semua. hari ni nk story psl 2nd pregnancy. tetiba makyung ni rajin sgt nk update blogkan. actually it is my 3rd pregnancy, klu sape yg rerajin dulu2 baca blog mesti tau yg 1st dulu sy alami ectopic pregnancy(kandungan luar rahim) dan sy buang sebelah tiub fallapio sebelah kanan plus ade cyst. ok, tu cerita dulu kala la kan. tak usah dikenang. sapa2 nk tau sila la geledah blog berhabuk ni. sure jumpe sbb bukan byk sgt pun entry. ^_^

1st time dpt tau or time buat UPT tu dh 5weeks. sebenarnya dh dpt hagak pun sbb period mmg regular cycle 28days. so bila dh lambat tu mmg dh leh hagak yg aku pregnant. tapi buat2 mcm tak reti dulu sbb taknak too excited. lagipun cam tak plan kan, sbb b4 ni kan lambat dpt baby. plus dgn perangai Awisy time tu mmg sgt ngade2 & sakit pinggang sgt bila breastfeed kan Awisy.


Masa dpt tau ni lepas Awisy dh 2 tahun, so rasa mmg happy la. bukan senang nk 'family planning' tanpa amek apa2 protection. lagipun kami mmg tak merancang pun nk ade 2nd baby bila. tp bila dpt good news ni happy sgt. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang utk mengandungkan anak sendr. masa awal2 stage hari tu, mabuk teruk sgt dgn takde langsung selera makan. masa pregnant kan Awisy dl mabuk, muntah jugak tapi selera ada ja. kali ni mmg teruk, makan pedas sikit pun takleh. sedey woo time tu. tu la sebabnya hilang sampai 8kg dlm sebulan tu.

disebabkan hilang selera makan, makan pun tak la kan. asek minum air je. perut pun msk angin, tu sebb muntah2 gaknye. siap dh nk kena warded tapi minta doc just mskkn air je tanpa warded. tak sampai hati nk duk spital then biarkan hubby jaga anak time tu. sbb ms tu Awisy mmg ngade2 lain macam. dh tau kot ade pesaing nanti. bp botol ntah masuk, tak igt la. alhamdulillah progress baby ok je so far.




Alhamdulillah, sekarang dh nak msk 26weeks. kejap sgt rasanya, mungkin sebb keja kan. plus berat bdn pun dh naik dgn jayanya..makin bulat makyung ni. naik 6kg dlm masa 5minggu. patut la semua bj kurung dah sendat2. takpe adik baby, mummy redha. ouh, jantina masih belum di ketahui, adik baby ni kedekut sikit nak tunjuk. InsyaAllah next week nak buat 4d scan, hopefully nampak la ye. mmy excited sgt ni nk shopping barang2 adik baby.

apa lagi nak story erk?nanti klu teringat aku smbung blk erk. now, adik baby dh tendang2 sebb kelaparan. hahaha.

Love,
Mummy QD

1 comment:

eima said...

semoga dipermudahkan semuanye ....

Adik Baby ^_^

Adik Baby ^_^
Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Amin.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails