Wednesday, February 27, 2013

Breastfeeding Journey =)

Hye semua,

kesian betul tgk blog ni. hanya ada gamba je kot. maafkan kami penunggu gua. bukan malas tp xberapa rajin nk update blog. padahal byk giler nk cita kt korg sume. tp ape la daya, sikap 'kerajinan' tu mmg susah nk kikis. hoho.

just nk sharing kisah serta pengalaman breastfeeding sy. Alhamdulillah, buat masa dan ketika ini Lil QD masih lg minum susu badan mummy die ni haa. iye, ada waktu mmg rasa nk surrender sgt2!sebb sgt letih, tp kdg2 rs enjoy gak sbb klu Lil QD bgn mlm nk susu, xde la kena bgn pastu bancuh susu kan, tadah je Cik B ni haa. tang kt situ mmg suke benor.

Siap2 je doktor setelkan perut yg telah dibelah, Lil QD trus dpt 1st susu dr Cik B ni kt ruang menunggu dlm labour room. mase tu happy sgt tgk die isap puting dgn jayanya. dalam hati mmg cukup gembira la kan sbb time tu ada susu. mlm pertama lepas bersalin tu mmg dpt tido lena sbb ubat bius ada lagi, nurse pun xbyk kerja mlm tu, so dorg tolong jagakan baby. =)

Malam ke2 kt hospital mmg hazab woo, ms ni bius dh xde. ubat tahan saket pun dh xlut, dgn baby xnk tido dlm babycot tu. nak ngempeng je. mmg nanges sepanjang mlm tu.seyes stress giler mlm tu. tp apa la daya, hospital gomen kan, xleh org temankn kita. hubby setiap sejam masuk tgk bini die ni haa yg cm nk meroyan pun ada(klu teringat blk mesti nk gelak, cm ngade2 pun ade time tu).

Malam ke3 lak, dh kt rumah mak. fuhh!naseb mak ade, mmg leh tido dgn lena. yeay! eh2, mak sy xtido sama tau. tp baby mungkin selesa tido kt rumah opah die kot. Alhamdulillah, sepanjang dalam berpantang Lil Qd xpenah bangun malam! double yeay! lagipun daddy die ada sama, so klu baby nk nanges tu cpt2 kejut daddy tuk pokpok baby. triple yeay! yg sgt payahnye sbb sakit c-sec tu jer. hazab sgt! trus tanam semangat nk bersalin normal tuk anak seterusnya. In shaa Allah. semoga dimakbulkan.

Tapi ms awal 2 minggu berpantang tu Lil QD ade minum susu Anmum. masa tu stress kot sbb tahan sakit kt perut kena belah ni. jadi susu mungkin xbyk lg. lagipun anak bujang sy tu mmg suke ngempeng. klu leh nk letak je puting Cik B tu dlm mulut die. adoihai. selepas bertambah yakin yg perut ni xkan terbukak dgn sendirinya(hahahaha), baru la yakin dan trus semangat nk menyusukan baby.

Stok EBM sy xde la semeriah org lain. ada yg siap sedekahkn pd org lain. stok susu adalah cukup2. penah jugak merasa production susu drop. macam2 makan utk tambah susu. sy xde amek apa2 supplement atau milk booster utk tambahkn susu. hanya minum milo serta minum fresh milk. ramai jugak suggest shaklee tu, tp sy xnk try sbb mmg xkan maintain nyer makan. kompom hangat2 taik ayam je nanti.

so far, Alhamdulillah masih ada lg rezeki utk Lil QD. penah jugak merasa stok EBM tinggal sebotol je dlm freezer. haa, baru la mood panic on kan. tetiba time tu rajin la bt power pumping tgh2 mlm buta. tp bile susu dh normal blk trus la abaikan nk bgn malam buat power pumping.*malas tul mak org ni*

tapi skrg ni susah jugak nk tinggalkn Lil QD kt sesapa selain babysitter die. die mmg refuse botol klu dgn mummy die ni haa..adehh!sgt la manja ini anak bujang. so sy dan suami decide nk kenalkn die dgn susu lain selain susu omak die ni haa. since susu pun mule drop. lagipun Lil QD lagi sebulan stgh nk msk setahun. Yeay! semoga dipermudahkan urusan kami.

Pada mommies2 yg still breastfeed baby tu semoga berjaya. klu boleh nk smpi Lil QD 2 tahun. tp apa la daya kan. kita hanya merancang, Allah swt yg menentukan. :)

1 comment:

eiyta said...

Seronoknya baca experience ibu-ibu...
Just nak cakap thanks sebab datang lawat blog kiter...:)

Adik Baby ^_^

Adik Baby ^_^
Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Amin.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails