Tuesday, June 4, 2013

Qaid Darwisy's 1st Birthday ^_^

As salam semua,

Entry tertunda. Lil QD pun dh nak msk 1tahun 2bulan. mummy br terkedek2 nk buat entry psl event ni. ampun kan kami penunggu gua*haha*. mari kita story mory pasal birthday party kecil2an, jemputan dikalangan keluarga serta teman rapat. maaf xdpt nk jemput blogger2 sume. lagi pun party room kecik nonet je, xmau tetamu dtg dgn keadaan tidak selesa.

Birthday party di adakan pada 13 April 2013, di McDonald's Kepong. ini bidan terjun punye majlis. plan asal nk postpone birthday party budak bujang ke hujung bulan April. tp tetiba hubby ckp teruskan je buat. Booking party room di McD seminggu sebelum majlis. sebenarnye bukan seminggu pun, lagi 5hari nak majlis. klu ikut kn kena book sebulan sebelum majlis, tapi Party Planner Cik Nasya tu ckp ok je since mmg xde party during time yg kami nak. so setel book party room.

Sepatutnya majlis berjalan dr pukul 12pm - 2pm. tapi sbb tghari tu hujan lebat giler, kami nk kuar rumah pun xboleh, smpi kt McD dh nak pukul 12.30pm. ampun ya tetamu2 semua. rmi yg dah smpi. ada jugak yg lambat sbb jln jem. majlis mula 12.30pm dgn acara makan. dlm pukul 3pm tu baru setel suma. naseb xde party lepas tu, so ktorg boleh la senang2 hati nk guna party room tu. :)

skrg layan gamba2 dulu. nanti baru story mory detail pasal party. ^_^

Qaid Darwisy's 1st Birthday Party
13th April 2013
McDonald's Kepong
12pm-3pm

Invitation Card. 
tapi xsempat pun nk bagi kt org sbb masa suntuk sgt.

Party Room
Birthday Boy
Birthday Boy
Signage
Food
McChicken set with Hot Tea and Coke
Happy Meal for kids
Main dgn Atuk :)
Mood Happy
Eh, YB nak jalan jap! nak jemput rakyat jelata makan.
Marissa
Rania

Makan time
Games
Games
Games
Birthday boy pun nak main game, tapi dia yg 1st kalah..
haha..sian anak mummy
Alamak, banyak plak gamba. layan yg ni dulu. nanti sambung ye..nak g pump susu sat ^_^

2 comments:

m@m@yAyA said...

alahai dekat jer ngn umah besday party QD nie..
bestnya meriah sungguh~

PuanSyimaSyaz said...

nanti blh cerita brp ongkosnya..hehe

tq

Adik Baby ^_^

Adik Baby ^_^
Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Amin.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails