Wednesday, March 20, 2013

Minum air kosong boleh kurus?

hye semua,

lepas2 lunch ni tetiba ngantuk laks. so blogwalking jap. trus tetiba ade idea nk tulis pasal air kosong ni. sebenarnya macam2 info yg sy baca. katakan internet di hujung jari. taip aja ape info kita ni then tekan search. kan melambak kuar sume.

Betul ke minum air kosong boleh kurus? aku pun xpasti. tp kebanyakan info yg sy baca mmg kata boleh turunkan berat badan dgn minum air kosong secukupnya.

Ada kata kena minum 3 - 4 liter sehari
Ada juga yg kata minum air kosong mengikut nisbah berat badan kita, yakni 25kg = 1 Liter.

Mana 1 yg betul? 2-2 pun betul. untuk org yg gemuks comel macam sy ni 2-2 pun sama je kot..hahaha..

Since sy dh try pun minum air kosong ni masa sy cerita psl susu drop aritu, kesan nya setiap 1/2 atau 45 mnt sure ke tandas nk shishi. haha. ni xtipu. letis kot berulang ke tandas. rasa mcm nk pindah duk sebelah tandas. Utk jangka masa seminggu pertama tu mmg la hazab jugak asek ke tandas je. minggu ke 2 dh nmpk ok ckit, maybe badan & usus pun dh immune dgn input air kosong yg byk agaknya. haha

kat office mmg sy tetapkn akan minum sekurang2nya 2 liter. mampukah? nak seribu daya kan. mula2 mmg susah. lagi2 la lepas pump susu utk stok ebm confirm ke tandas nk shishi gak. pelik jugak, dah shishi sebelum pump susu, pastu pump susu masih lg ada sisa air utk shishi. haish.

kang nk bukak cite sains kang ada yg xsanggup nk bc. korg leh la refer pd en google okeh! apa pun niat kita adalah untuk kesihatan. sapa lg nk jaga badan kita, klu bukan diri kita sendiri. betul x?

air oren tu hanya tambahan - kadang tekak ni ngada2 nk air manis :)
ouh, mesti korg tertanya2 dah kurus ke aku? mesti la belum. hahahaha. setakat minum air kosong, xde makne nk kurus meh! sila la lakukan senaman jugak! baru la kena gaya nya. ok, selamat berusaha korg!

1 comment:

diary_ciknaa said...

ciknaa pegi course dulu, mmg fasi tu kurus dlm mse setengah tahun.cuma minum air masak byk2, elak mkn segala mak nenek mknn dari tepung, peanut butter & buah.. tu sume wat gemuk..nasi amik cket je.

Adik Baby ^_^

Adik Baby ^_^
Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Amin.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails