Tuesday, April 6, 2010

Al-Fatihah

Din Beramboi Dalam Kenangan...
KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan
-Sumber dari Utusan Online-
pg itu, 2 April 2010 6.20am aku dpt panggilan dr Abah..
"No(pgglan ku dirumah), nk bgtau nih...Mior dah meninggal mlm td kul 12.30am..kebumi kul 10 nti, singgah la kejap umah Cik Enon ziarah jenazah sblm g keja.."
Sebenarnyer, sy n family dh lama kenal dgn Mior/Din Beramboi..keluarga mertua Arwah adalah kawan kepada family sy..jiran 1taman..last sy jumpe arwah ketika kenduri kawen sy dulu..2thn pun dh berlalu..lama jugak sy xjumpe Arwah n family...sy doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkn di kalangan org2 yg beriman..Al-Fatihah...buat Kak Su sekeluarga, takziah dan semoga tabah dgn ujian ini..sedekahkan Al-Fatihah bt Arwah, semoga beliau tenang disane...Amin...
pd ari yg sama juga, kwn Mr S kehilangan Ibu terchenta disgt2 mahu mengecap erti kebahagiaan dan melangkah ke alam br sbg Suami...Semoga Shahril n keluarga tabah menghadapi dugaan ini...Amin...
Ya Allah Ya Tuhanku, tempatkan lah mereka di kalangan org2 yg beriman..Amin...

No comments:

Adik Baby ^_^

Adik Baby ^_^
Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Amin.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails